Friday, May 11, 2007

Prihatin

Majlis Ibadat Korban, Pengagihan Daging Korban Sempena AidiladhaKebawah DYMM korbankan 14 ekor kambing, 34 ekor sapi
BERAKAS, Rabu, 11 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengorbankan 14 ekor kambing sebagai korban sunat sempena Hari Raya Aidiladha 2006 Masihi.
Sementara korban sunat ahli-ahli kerabat baginda sejumlah 34 ekor sapi yang dikorbankan di Pusat Penyembelihan Mulaut Abattoir.
Daging-daging korban sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah diagih-agihkan petang tadi kepada seramai 4,351 orang fakir dan miskin di seluruh negara dengan mengadakan Majlis Pengagihan secara berasingan di empat-empat daerah. Bagi Daerah Brunei dan Muara pengagihan daging korban berlangsung di Dewan Muhibah, Pejabat Daerah Brunei dan Muara di sini yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Yussop bin Bakar.
Menerima bagi pihak fakir dan miskin bagi Daerah Brunei dan Muara sejumlah 2,672 orang ialah para penghulu dan ketua kampung yang kemudiannya nanti akan mengagihkan kepada fakir dan miskin yang tersenarai.
Manakala pengagihan daging korban sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi Daerah Temburong dilangsungkan di Dewan Belalong yang diagihkan oleh Pegawai Daerah berkenaan, Pengiran Abdul Haris bin Pengiran Haji Shahbudin kepada 254 orang fakir dan miskin di daerah itu.
Setiap penerima mendapat sekilogram daging korban, sama ada daging sapi atau kambing. tahun ini jumlah penerima di ke-empat-empat daerah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan kerajaan, mukim dan kampung serta orang perseorangan juga mengadakan Majlis Ibadat Korban.